Wednesday, May 25, 2011

MaSa DepAN yAnG MaNa??

Risaunya bila fikirkan masa depan ini. Nak cari kerja bukannya mudah. Mohon sana sini sepak terajang atas bawah belum tentu lagi boleh dapat pekerjaan yang betul betul sesuai dan menjamin masa depan. Bila dah susah sangat nak cari kerja yang sesuai depan kos yang kita belajar dulu. Mula la lompat ke bidang yang lain.

Sesetengah orang tidak kisah pun hendak kerja di sektor awam mahupun swasta. Bagi mereka sama sahaja asalkan niat itu betul. Tetapi ramai dikalangan kita yang tetap mahukan kerja disektor awam. Walaupun hakikatnya sekarang ini bukan mudah untuk kita memohon di sektor awam. Sampaikan ada orang yang berkata kalau dipanggil temuduga itu pun sudah cukup bertuah.

Guru

Kalau sebelum ini ramai yang tidak minat untuk menjadi guru, tetapi dalam situasi sekarang ini semuanya berubah. Mereka memilih untuk menjadikan pekerjaan guru ini sebagai langkah terakhir demi masa depan mereka. Tetapi bukankah guru ini satu pekerjaan yang murni? Guru lah yang mendidik kita semua dari bangku sekolah sehingga ke menara gading. Mengapa tidak menjadikan pekerjaan yang mulia ini sebagai pilihan utama kita?

Ramai yang marah bila tahu perkara ini. Lebih-lebih lagi mereka yang mengambil pendidikan. Dan sudah tentu meraka yang sekarang ini sudah menjadi guru. Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku sekarang. Oleh itu, sama-sama la kita ubah mentaliti yang berlaku masa kini.

Entry sekadar mahu berkongsi sahaja.. ^_^

~AlaHai NaSiB~

Agak luntur terus semangat aku bila dapat tahu yang kerajaan akan bekukan semua jawatan kosong berkuatkuasa 1jun2011. Apa nasib aku lepas ni?? Urmm..


ingatkn baru nak apply goment. tapi kalau dah bekukan.. macam mana gayanya. kerja private jela.
kerja dengan goment ni gaji memang la rendah nak dibandingkan dengan swasta. tapinya untuk jangka masa panjang goment jela yang terbaik. aku pun tak tau kenapa. mungkin sebab ada pencen jela kot. 

even pembekuan tu sekejap je, tapi aku rasa lama kot. proses untuk permohonan goment faham2 jelakan. tak nak lama la plak.. hehe

Harap harap la mana yang aku dah apply sebelum ni dorang ada panggil aku.. ^_^

Tuesday, May 24, 2011

~PolY mEm0RieS~

Tetibe aku teringat plak zaman zaman aku belajo dlu. 
Lbey kurang rindu la senang cite.. haha
Tp rindu kt suasana jer.. xrindu pn kt poli aku tu.. keke~
Daripada sem1 smpi la sem 6. Mcm2 bnde y jadi..

Paling aq tak ley lupe mase SEM 1.
Aq duduk kt hostel.. then 1 hari tu.. aku bawak la kereta msok kt celah2 bangunan hostel.. niat murni kt hati nie nak basoh kete.. tp pakai pili bomba.. setting punye setting.. aku pn buka la air.. bru je pancut ckit teros kantoi ngn warden.. menggelabah aku lari.. hahaha.. tros msok dlm bilik mbe.. warden tu cari pusing bangunan ooo.. tp xjmpe pn.. haha.. mmg kelakar la time tu.. nsb baek bdk2 sume cover aq.. Tp 1 bnde je la warden tu dpt gak.. kete aq xkunci, so dia jmpe matrik kad aq kt dlm tu.. hampeh toi.. tp nk saman mmg xdpt la bro.. aq tak amik pn matrik kad tu.. bia je cm tu.. aku bt report kate kad ilang je.. haha

Last SEM 6 mase bt projek, time tu mmg ase da give up pn ade.. bt projek pun cm nk tak nak je.. hampir2 nk extand sbb 1st present team aku kantoi.. haha.. tp alhamdulh la,  akhirnya Berjaya gak even xperfect.. y penting da abeh blajo.. hahaha~

ngah pk mase depan nie.. present kantoi.. haha

nie team projek y kantoi tu.. lepas kntoi ktorg kena pecah.. ^_^
lepas kantoi 1st present tu.. ktorg kne berpecah.. so tgl la 5 orang 1 team..
team yg baru nie ktorg bt R&D jer.. mudah, pantas, dan bajet murah.. haha~
disebabkan sume malas nk bt, so hasilnye malas gak laa.. ^_^

^_^ Hari Inovasi ^_^

Nie la research y ktorg bt..
Gentian dari serat nenas.. hihi..

Friday, May 20, 2011

gElAk TaWa DikAlA BoSaN

i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

KPDA YG DA BACE TU,SILA KONGSI JAWAPAN ANDA EAAA~
CERIA CERIAAAAA SELALU! :)

Wednesday, May 18, 2011

AnTaRa NaFsU dEnGaN IMaN

Aku hairan,
Mengapa Ramai mereka yang ingin berjuang,
Tetapi tidak mahu menahan madah mehnah dan tribulasi,
Aku mengerti,
Setiap manusia pasti akan ada ujian kehidupan,
Begitu juga para pejuang,

Aku meneliti,
Bila disingkap tirai sejarah,
Perihal keluarga sering menjadi bicara,
Katanya perihal ayahnya yang tua,
Ibunya yang perlu perihatiannya,
Isterinya yang sendirian di kamarnya,
Anak-anak kecil yang muram lantaran kesakitan,

Aku tahu,
Benar perkara ini perlu didahulukan,
Sekalipun semboyan jihad bergema,
Rasulallah s.a.w sendiri bersabda,
Perkara terafdhal pertamanya solat,
Keduanya berbakti pada ibu dan ayah,
Barulah berjihad itu satu kefardhuan,


Aku faham perkara ini,
Namun aku kebingungan,
Dikala ini,
Mengapa ramai pejuang menjadikan alasan ini hanya untuk urusan jema'ah,
Kerna,
Mereka boleh saja ketepi semua alasan hanya kerja kerjayanya,
Mungkin juga untuk pertahan jawatannya,
Atau boleh saja berkelana untuk parti,
Mahupun persatuan yang urusanya selain dari urusan jama'ah,
Boleh saja mereka ketepikan urusan keluarganya,
Untuk memenuhi semua itu,
Inilah yang amat aku bingung,
Mengapa ini berlaku,

Namun, Syukur pada Allah s.w.t,
Apabila talaqqi tafsirku menuju ke satu kalam Allah s.w.t,
"Hai orang-orang mukmin, sesungguhnya di antara isteri-isterimu
dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu
maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan
dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka)
maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


Kata Mu'allimku,
Maksudnya menjadi musuh itu,
Mereka membantah urusanmu pada agamamu mahupun perjuanganmu,
Namun mereka sunyi tanpa kata pada urusan duniamu,
katanya lagi bukanlah kalam ini terhenti kepada Isteri dan anak-anak,
sebaliknya ianya berkisar pada sekelian keluargamu,


Aku menghela nafas,
Sedikit tenang ketika ini,
Barulah aku mengerti mengapa keluarga itu ujian para pejuang,
Rupanya ianya ujian daripada Allah s.w.t,
Untuk menilai samada Iman atau nafsu yang akan menang,
Jika iman menandingi nafsu,
Maka, perjuangan akan dipilih meskipun akan ada yang terkorban,
Namun,nafsu menguasainya,
Kadangkala perkara disangka iman rupanya nafsu yang menerajunya,


Ya Allah s.w.t,
Dengan keberkatan Rasulallah s.a.w
Bantulah aku dan ahli keluargaku,
Begitujuga para sahabat dan sahabiahku,
Istiqamahkan kami pada perjuangan,
Jauhkan daripada kami fitnah (ujian) dunia dan fitnah (ujian) keluarga,
Perlihatkan kami pada perkara haq dan bathil,
Supaya bisa kami memilih haq itu sebagai panduanku,
Ameen Ya Rabbal 'Alameen..

Tuesday, May 17, 2011

My besday y ke.. ce teke.. ce teke.. haha

Nie la kek besday aq.. haha
da bertahun2 xpenah wish besday..
tup2 taon nie ade plak..
memang pelik laa kan.. =)

kad nie anak buah yg buat..
kreatif tu..
ce tengok, siap ade hari lg tw..
haha
pape pun thanks a lot sbb dorg belikan kek ini..
luv u lah..