Saturday, August 27, 2011

SaLaM AiDiLFiTri WisHeR

kepada family, sanak saudara dan semua rakan rakan..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
menghulur 10 jari mohon kemaafan 
^_^


Designed by Lina Jelina

Thursday, August 25, 2011

Kuih raye yang comel

Hari nie aku nk cite pasal kueh raye..
Memandangkan (kne pandang btoi2 yee) pose da msok sukuan yg terakhir..
Memang ramai la para suri2 rumah sepenoh mase mengaktifkan diri di dapur..
Termasuk la jugak pada student yg tengah cuti.. haha

Semalam kakak aku ade kueh raye..
memamg da 3,4 hari gak la dia buat.
tapi aku tertarik yang semalam jer..
aku tak tw la plak ape punye name kueh dye tu..
kaler2 kuning.. BERSIH ke??
yang penting mmg sedap la kn..
Memang tak sempat raye da abeh da ktorg bedal.. haha

kueh nie anak buah aku yang buat senanye..
bese la tolong menyebok mama dia kt dapor..
hasilnye amatlah unik.. haha

cantik kan.. ade mata, tinge n mulot.. haha

sumenye comey2 jer... haha







Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #1

                                          ce pikir  ce pikir.. ^_^

Wednesday, August 17, 2011

Kad Raye Dah Tak Laku??

Sejak zaman yang makin moden n canggih nie..
Budaya2 dulu makin hilang..
Salah satunye kad raye..

Dulu masok jer bulan pose..
Masing2 berebot cari kad raye..
Katenye kalau lambat beli nnt kad habis..
Ataupun tinggal kad y tak cantik jer..



Tapi sekarang, tak de sape da yag heran dgn kad raye..
Termasuk lah aku.. haha
Semuanya pakai sms jer, mms, email..
Nak2 pulak fon makin canggih.
Bb laa, i phone laa..
Pe barang kad2 nie!!

Muncul pulak Facebook..
Lagi la sempoi kan..
Create jer 1 wallpaper untuk hari raye..
Atau lagi senang search jer kt internet nie, then edit boh name sndri..
Wish la segala bagai pon..
Lepas tu 'tag' kat semua kawan2..

Sumenye menjimatkan mase, tenaga, n duit.
Kirenye kalau sekolah dlu ade sinopsis laa..
Semakin canggih peralihan zaman, semakin menjimatkan kos..
Dapat 2 markah... hahahaha!!

Daripada kena keluar beli kad raye ---->> Lepas tu hantar by fon jer
--->> Skrg nie semua pakai tag kt facebook jer...
Mayb lepas nie kat G+ plak kot... ^_^

Tapi yang paling penting kad ke tak kad..
Pose tetap pose..
Selamat menjalani ibadat puasa yee.. hehe




Nuzul Al-Quran

Hari ini 17 september  bersamma dengan 17 ramadhan adalah salah satu hari yang berlakunya peristiwa penting dalam islam. Peristiwa nuzul al Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW secara berperingkat sehingga menjadi lengkap sebagaimana kitab suci al Quran pada hari ini.

peristiwa nuzul al Quran berlaku pada malam jumaat, 17 ramadhan, tahun 41 keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan NUZUL bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. bila disebut bahawa al Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al Quran.


'Al Quran' bererti bacca atau himpunan. di dalamnya terhimpun ayat yang menjeleskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, ternologi dan pelbagai lagi. Kalimah al Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata 'al Quran mukjizat akhir zaman' atau ' al Quran yang mempunyai mukjizat'. Maka inilah sebenarnya kelebihan al Quran ridak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalamnya. Dengan perkataan lain segalannya terdapat di dalam al Quran.


Firman Allah:


Dan tidak sekor pun binatang yang melata dibumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seerti kamu. tiada kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab al Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
( Al-An'am : 38)


Al Quran adalah hidaayh, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.segala isi kandungan al Quran itu benar. al Quran juga dikenali sebagai Al Nur beerti cahaya ayng menerangi, al Furqan bererti yang dapat membezakan di antara ayng hak dan batil dan al Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.


Dalam sejarah kehidupan Nabi MUhammad SAW ayat mula mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail aialh lima ayat pertama daripada Al-'Alaq.


Maksudnya:


" Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian lakhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacakah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarkan manusia apa tang tidak diketahui."
Al-'Alaq : 1-5


Sumber : Jakim








Monday, August 15, 2011

Gajah Hamil Maut!!!

Memang kesian tengok gajah nie..
Ceritanya gajah nie tersangkut kat bawah jambatan.
tetibe train lalu n berlaku la kemalangan nie..


cedera parah



akhirnya berjaya keluarkan baby






Thursday, August 11, 2011

Al Haqqah.. menangis



mulanya aku dengar imam nie baca langsung tak faham.
kenapa dia menangis??
apa maksudnya??
Disebabkan aku tak pandai bahasa arab.
Begitu juga lah lazimnya bile aku ngaji.. huhu..
kemudian, aku cari terjemahan dan cube untuk memahaminya.

bile da bace
Barulah aku faham kenapa imam tu menangis.
surah ini mengisahkan tentang Hari Kiamat
itu lah sebenarnya realiti... yang pasti jadi..
sama dengan maksud surah ni.. AlHaqqah..
Al haqqah dinamai Hari kiamat, kerana ia pasti akan terjadi.


Bacaan Surah Al Haqqah daripada Sheikh Mohammed Mohaisny berserta tangisan dan esakan yang kuat.
Surah disertakan terjemahan.


(pembetulan) ayat 46: Kemudian sudah tentu kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya dia mati dengan serta merta)





Wednesday, August 10, 2011

Tips Berguna : Juzu' AL QURAN

Sempena bulan ramadhan yang mulia ni.
Ramai dikalangan kite yang nak khatam Al quran kan.
aku nak share 1 tips untuk kemudahan kita semua.
Benda ni mungkin dah ramai yang tau, tapi aku nak share jugak.. =)

Formula untuk mencari juzu' Al quran dengan mudah.
Senang jer caranya..

Tolak satu, darab dua then tambahkan belakang jawapan tu dengan no 2
( -1 x 2 -----> belakang hasil darab tu letakkan no 2)


Sebagai contoh
Nak cari juzu' 16.

16 - 1 = 15;
15 x 2 = 30;
kemudian tambahkan no 2 dibelakangnya, 
so, jadi la 302..


InsyaAllah anda semua akan jumpa juzu' yang dicari.
Mudah mudahan mendapat manfaat dari tips ni.
Selamat mencuba... ^_^






Friday, August 5, 2011

ANJING DIBAKAR HIDUP HIDUP

Zalim!! Kejam!!
Lagak yang langsung tidak mempunyai perikemanusiaan!
Sengaja atau tidak
Anjing yang masih kecil dibunuh dengan kejam.
Masih hidup lagi
Disimbah dengan minyak dan dibakar hidup hidup

video

Walaupun anjing ini haram bagi umat islam
Tetapi ia juga makhluk ciptaanNya
Sebagai pencinta haiwan ^_^
Jangan lah sesekali menyiksa haiwan sebegini rupa.. =)

Sumber diperoleh daripada KLIK DISINI






Thursday, August 4, 2011

Ragam Puasa

Tengok anak buah aku puase.
Teringat la pulak mase kecik dulu. haha
Puasa setengah hari la.
Sampai pukol 2 la.. pukol 3 laa..
Tapi yang pasti tengahari balik sek jer mesti teros buke.. haha
Kalau dapat puasa penoh dpt hadiah plak..
Tu la antara ganjaran aku mase kecik dulu.. haha

Arwah abah memang baik.
Memang banyak la adiah2 aku kalo puasa..
Yang aku ingat,
Dapat pose 3hari abah belikan jam tangan. Harga ingat lagi ok.. RM8.. hehe
Pastu pose 4hari abah belikan tilam baru.. ^_^

Tapi 1 cite nie mmg lawak la bile ingat balik.
Nak sampai buka punye pasal.
Dah tak larat giler da.. Tapi semua tak bagi aku buka.
Lastly, sementara nak tunggu waktu berbuka tu.
Arwah abah siap bawak aku jalan2 naek kereta.. haha

Mase nak buke tu. tak larat punye pasal.
Siap baring lagi nk tunggu buka..
Pegang sate 2cucuk.. kiri n kanan..
Sume org tak ley amik. sbb aku tak bagi.. haha..
Bapak kedek laa.. macam la habiskan.
Kakak ngn abang aku bengang jer.. hihi..

Tapi zaman tu da habis da..
Sekarang nie aku tengok anak buah aku la plak cmtu..
^_^
So selamat berlatih pose la yee untuk anak2 buah ku..
Even dorang tak tw pn aku de tlis kt entry nie.. haha