Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Al-Quran

Hari ini 17 september  bersamma dengan 17 ramadhan adalah salah satu hari yang berlakunya peristiwa penting dalam islam. Peristiwa nuzul al Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW secara berperingkat sehingga menjadi lengkap sebagaimana kitab suci al Quran pada hari ini.

peristiwa nuzul al Quran berlaku pada malam jumaat, 17 ramadhan, tahun 41 keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan NUZUL bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. bila disebut bahawa al Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al Quran.


'Al Quran' bererti bacca atau himpunan. di dalamnya terhimpun ayat yang menjeleskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, ternologi dan pelbagai lagi. Kalimah al Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata 'al Quran mukjizat akhir zaman' atau ' al Quran yang mempunyai mukjizat'. Maka inilah sebenarnya kelebihan al Quran ridak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalamnya. Dengan perkataan lain segalannya terdapat di dalam al Quran.


Firman Allah:


Dan tidak sekor pun binatang yang melata dibumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seerti kamu. tiada kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab al Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
( Al-An'am : 38)


Al Quran adalah hidaayh, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.segala isi kandungan al Quran itu benar. al Quran juga dikenali sebagai Al Nur beerti cahaya ayng menerangi, al Furqan bererti yang dapat membezakan di antara ayng hak dan batil dan al Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.


Dalam sejarah kehidupan Nabi MUhammad SAW ayat mula mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail aialh lima ayat pertama daripada Al-'Alaq.


Maksudnya:


" Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian lakhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacakah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarkan manusia apa tang tidak diketahui."
Al-'Alaq : 1-5


Sumber : Jakim








No comments:

Post a Comment