Risaunya bila fikirkan masa depan ini. Nak cari kerja bukannya mudah. Mohon sana sini sepak terajang atas bawah belum tentu lagi boleh dapat pekerjaan yang betul betul sesuai dan menjamin masa depan. Bila dah susah sangat nak cari kerja yang sesuai depan kos yang kita belajar dulu. Mula la lompat ke bidang yang lain.
Sesetengah orang tidak kisah pun hendak kerja di sektor awam mahupun swasta. Bagi mereka sama sahaja asalkan niat itu betul. Tetapi ramai dikalangan kita yang tetap mahukan kerja disektor awam. Walaupun hakikatnya sekarang ini bukan mudah untuk kita memohon di sektor awam. Sampaikan ada orang yang berkata kalau dipanggil temuduga itu pun sudah cukup bertuah.
Guru
Kalau sebelum ini ramai yang tidak minat untuk menjadi guru, tetapi dalam situasi sekarang ini semuanya berubah. Mereka memilih untuk menjadikan pekerjaan guru ini sebagai langkah terakhir demi masa depan mereka. Tetapi bukankah guru ini satu pekerjaan yang murni? Guru lah yang mendidik kita semua dari bangku sekolah sehingga ke menara gading. Mengapa tidak menjadikan pekerjaan yang mulia ini sebagai pilihan utama kita?
Ramai yang marah bila tahu perkara ini. Lebih-lebih lagi mereka yang mengambil pendidikan. Dan sudah tentu meraka yang sekarang ini sudah menjadi guru. Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku sekarang. Oleh itu, sama-sama la kita ubah mentaliti yang berlaku masa kini.
Entry sekadar mahu berkongsi sahaja.. ^_^
No comments:
Post a Comment