Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan

Ramadan akan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW biasa berdoa bermaksud, ‘Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan.’ (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad). Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan Ahlan wa sahlan ya Ramadhan’ bererti selamat datang Ramadhan!

Berpuasa Ramadhan bertujuan menambahkan Taqwa. Taqwa ialah kekuatan dalaman anugerah Allah untuk manusia berhadapan dengan fitnah hidup ini dengan selamat hingga ke akhirat. Kesannya mendalam hingga ke Ramadhan akan datang. Rasulullah telah menjanjikan kita dengan sabdanya, “Solat yang lima. Jumaat hingga Jumaat, dan Ramadhan hingga Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang di antaranya apabila (dengan syarat) dijauhi dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim),

Hati dibersihkan dari dosa dan nafsu dapat dijinakkan. Asalnya nafsu berguna untuk mengurus diri dan alam keliling. Dengan nafsu manusia sukakan kebersihan, keindahan. makan minum. dan berkeluarga hingga berkembang biak memenuhi bumi. Namun, nafsu mudah menjadi liar hingga membahayakan diri dan alam. Betapa kecantikan terjebak kepada kelucahan. Urusan makan minum menjadi perebutan harta dan takhta. Kesihatan, kekuatan dan kemudaan sering disalahgunakan hingga tergadai usia muda kerana lupa kepada Allah.

Berlapar penting untuk menjinakkan nafsu. Itu adalah peraturan Allah yang Maha Mengetahui. Apabila berpuasa mengikut sunnah Rasul SAW, hati Muslim menjadi lembut dan takut kepada azab Allah. Muslim lebih teliti dalam tindak tanduknya. Selain berlapar, berpuasa ialah menahan diri daripada perkara yang berdosa, tidak bermoral dan sia-sia. Berpuasa pada perut ialah tidak makan, berpuasa pada Iidah ialah tidak bercakap sia-sia atau mengumpat. Berpuasa telinga ialah tidak mendengar muzik rock dan perbuatan lucah. Berpuasa mata ialah tidak memandang yang berdosa seperti aurat, atau memandang seseorang dengan marah.

Nabi bersabda, “Bukanlah puasa itu semata-mata meninggalkan makan dan minum tetapi puasa ialah meninggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong. Jika sesiapa dimaki atau diperbodoh oleh seseorang katakanlah;’Saya berpuasa, saya berpuasa”(Riwayat lbnu Khuzaimah dan lbnu Hibban).

Menurut hadith ini, orang yang berpuasa perlu kuat bersabar apabila dalam situasi genting atau bertelingkah. Disebutnya, ‘Saya berpuasa’ beberapa kali untuk mengingatkan diri agar tidak merosakkan pahala puasa. Puasa begitu penting dijadikan latihan mengubah sikap hingga Rasulullah mengingatkan kita, “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dan amalan sia-sia maka Allah tidak memerlukannya meninggalkan makan dan minumnya.” (Riwayat Bukhari).

Puasa Ramadhan menjanjikan perubahan bagi mereka yang mengisi masa dengan kebaikan dan ibadah. Kesemua amalan dibuat dengan penuh ilmu dan faham. Membaca al-Qur’an ialah membaca perintah dan hukum Allah. Tarawih ialah merehatkan hati dengan mendengar bacaan qari mengimami solat tarawih itu. Bertaubat ialah menyesali dosa dan ingin berubah menjadi taat. Beribadah pada Lailatul Qadar membawa keampunan dan kebajikan yang kekal seumpama seribu bulan. Beriktikaf ialah mengasingkan diri di dalam masjid dengan mengimbau kesalahan Iampau untuk membaiki diri dan umat. Zakat fitrah ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melimpah, hingga ingin dikongsi kepada orang yang memerlukan.

Pada akhir Ramadhan, orang yang berpuasa mengikut adabnya akan menjadi orang baru kerana berjaya membuang segala kelemahan diri. Ramadhan di akhiri dengan kesedihan kerana berpisah dengan limpahan rahmat dan keampunan Allah. Alangkah gembiranya jika Ramadhan itu sepanjang tahun. Dari Abi Mas’ud Al-Ghifari r.a, katanya,’Rasulullah SAW bersabda;’Jikalau para hamba itu mengetahui apa dia Ramadhan,nescaya umatku berangan agar setahun itu kesemuanya Ramadhan.’ (Riwayat Ibnu Khuzaimah).

Jom sama sama kita dengar lagu ini. ^_^

Saturday, July 23, 2011

Gurau Atau Bahan??

Aku tak kesah senanye nk guro2 nie..
Nak bahan2 orang ke kn..
Sebab aku sendiri pun suke gahan orang gak..
Kenakan kawan2 aku..

Tapi 1 benda nie aku memang sensitif cikit laa..
Bile maen name Arwah Ayah aku..
Maybe dye tak sengaja..
Atau pn sekadar nak guro2 jer..
Tapi agak2 la kan..

Orang tu dah tak de da kat dunia nie..
Kalau Arwah Ayah aku hidop lagi..
Aku tak kesah..
Sedih la gak an..

Ley buat makin rindu kot kat ayah aku..
Kadang2 mate merah gak la an..
Tapi bia jelah..
Masing2 da besar..
Ley pikir sendiri..

Maybe aku pun salu bahan orang lebey2..
Tapi lau orang tu da tak de..
Aku mesti ingat punye..

Pape pun aku rindu sgt kt Arwah ayah aku..
Tayah la sebot2 name dye lg..
Bia aku sorg jer yang akan ingt sendiri..
ALFATIHAH~

Monday, July 18, 2011

Abang Ku Join Rempit..

Hahaha...
Title cm besh jer an..
Aku memang terpesona jap la kn bile tw dye naek moto..
Sebelum nie lesen pn xde..
Hahaha~

bergaya dengan moto baru.. ^_^
Pape pun senanye tu nie la langkah penjimatan..
Save sikit minyak ngn mase..
Mane tak nye..
naek kete hari2 g keje.. minyak jer sebulan da 7,8ratus..
kalau Ko kasi aku ckit pn ok da bang.. hehe

Akhir kata selamat merempit la yee... keke~
^_^

Saturday, July 16, 2011

Sumpah Jeles!!

Tu la... dulu suroh apply tak nak..
Kononnye nak rest dulu laa..
Nak kumpol duit dulu laa..
Sekarang??
Nyesal sendiri bile tengok kawan2 lain sambung blaja..

Urmmm...
Memang betul la kata pepatah "terlajak perahu ley undur"
( Aku nie pun sengal gak tak de sape yg kate pepatah tu salah!!) haha..
Gelak pulak aku nie..
Kena emosi cikit bak kate kakak echa

ok2.. huh!!
Result UPU keluar hari nie..
So td mesti jalan jem masing2 nak check..
Ade yg kiciwa cm AKU nie.. haha
N semestinye la rmi yg gumbira bile dapat sambung..

Yg aku bengang tu bile tgk classmate aku dulu sume dpt sambung..
1 U sampai 4,5 orang..
Da la sumenye 1 kepala..
Memang layan la kn..
Confrm2 la dorg tu nnt jd pangai cm dulu gak.. haha

Bangon lambat!
Class start kol 8. kol 8 bru nk mandi!
Rumah bersepah!
Assgmnt copy!
Hahaha... mcm ape je kn..

Tu yang emosi jap tu.. keke..
Agak tak de mood jap gak la td..
















Pape pun gud luck la tok dorang sume..
Maybe rezki aku ade kt tempat laen..
Aku gerak lambat ckit.. hehe.. ^_^

Wednesday, July 13, 2011

Kisah Si Peminta Sedekah

Tetiba hati aku rasa kesian dengan makcik nie..
Wanita tua yang berjalan kaki di tengah bandar untuk mencari rezki(duit).
Selalunya kita akan nampak orang minta sedekah di tepi2 jalan.
Tapi tadi aku jmpe kat tengah jalan. Dekat dengan trafic light pulak tu.

Lokasinya dekat trafic light stesen LRT Putra kat universiti.
Masa tu aku tengah berhenti kat trafic light tu la..
aku ternampak "makcik" nie jalan sorang2 kat celah2 kereta yang sedang berhenti..
Hati aku tetibe kesian dengan "makcik" nie.

'Tak de anak ke makcik nie?'
'Atau pun anak dia xhiraukan ibunya jalan sorang2 kat tengah bandar untuk mencari sesuap nasi dengan meminta ikhsan orang?'
'tak pun, knape makcik nie tak kerja jer? nak kata sakit tapi tgk sehat jer jalan kaki'

"makcik" tu terus berjalan kat celah2 kereta.
Singgah kat setiap kereta yang ada.
Lepas tu,
"Makcik" tu datang kt tepi kete aku.
Hulurkan tangan sambil buat isyarat lapa nak makan.
Memang kesian. Tak sanggup nak biarkan cm tu jer.
Aku pun bagi la sikit duit yang aku ade.
Lepas tu dia terus pergi kat kereta lain pulak.
Ade gak yang buat bodoh jer.
Ade gak yang TINGKAP memang da terbuka, bile "makcik" tu datang terus TUTUP.


Kalau la makcik tu ibu aku.. tak sanggup rasenye nak biakan dia merayap sorang2..
Entah kemana hala tujunya. keselamatannya..
Apa la sangat setakat nak jaga seorang ibu yang dah besarkan kita sejak dari kecil.
Dulu ibu kita lagi la, jaga anak yang ramai. sorang jer..

Tapi macam tu la nasib "makcik" tu..
Entah sampai bile la agaknye jalan kaki kt tengah2 jalan.
Tengah2 panas.

MORAL yang aku nak ckp kt sini senanye..
Jangan la kita pandang hina dengan mereka.
Even dorang tu kerjanya minta sedekah jer.
tapi dorang pun ade hati gak.. ^_^

Hulur la sedikit pun.
Kalau tak nak bagi, jangan la menghina pulak.. 
Entry juz nak share jer pape yg aku nmpk.
Untuk peringatan diri sendiri n u'll sume.. 
^_^

Kerenah Si Tua

"Anything information, u must discuss with me.."
" oh ok, bos!"

Tu la ayat dia tiap2 hari ngn aku..
N jawapan aku pn se simple tu jer.. haha

Tapi yg buat aku bengang nie. salu nak "game" kan aku jer..
Budak2 opis pn sume bengang ngn dye..
Depan ktorg kemaen baek lg..
Bile meeting hampeh!!

Da la gigi tinggal sebatang!
Agak2 jentik je gigi tu confirm teros bersepah.. haha
Asek2 dia aje la yg btoi..
"DC converter" pun dia kate battery..
SENGAL!! haha..

Salah dia aku gak yg kne..
Tak pasal2 aku y kne fokus..
Tu la ayat dia..
" Adib, u kne fokus"
Huahuahua~

Ape la nasib aku nie..
Dapat supervisor pn ngok ngek!
Nak dilawan da tua..
Kng xpasal2 goal terus..
Da la ade heart attack! 

Ate, sabor je ler..... 
Melayan kerenah orang tua.. ^_^

Thursday, July 7, 2011

~BUDAK KAKI TIGA~

Kebesaran ALLAH.. Subhanallah..
Redha dengan segala ketentuanNya..
Sama lah dengan budak ini..